19 Disember 2010...
Ketika seminggu sebelum berjumpa...
Mengapa aku dan dia bermasalah sebegini...
aku cuba menyelami dan memahami setiap nota pesanan ringkas yang dihantar...
namun gagal hati ini untuk memahami maksud tersirat...
adakah aku ini terlalu emosi dengan setiap bait ayat pesanan ringkas itu...
lantas membuat keputusan untuk berdiam diri secara ekstrem...
Hari berikutnya 14 Disember 2010
Hatiku agak kecewa dengan pesanan ringkas dan pengakuan daripada dia...
namun aku mula berkata ini permulaan ujian bagiku sebelum aku benar menjadi haknya
aku cuba untuk mendekatkan diri pada yang Esa...
ke manakah hala tuju aku ini...
apa yang perlukan aku lakukan...
aku masih mendiamkan diri....
15 Disember 2010
Aku mula mengumpulkan kekuatan...berpuasa dan mengabdikan diri kepadaNya...
kutitipkan keikhlasan dan mencari kesucian hubungan ini...
kuteliti kembali ayat-ayat yang dilontarkan...
kusimpulkan dengan baik dan kuamati dengan segala semangat dan kekuatan yang ada...
16 Disember 2010 (10 Muharam)
Ku abdikan diri dan kucuba terima segala kebaikan dan keburukan, kekuatan dan kelemahan yang ada..
ternyata ia membuahkan hasil...aku menerima pelawaan dengan hambar...
aku akur sepatutnya, aku perlu memulakan segalanya terlebih dahulu...
kepantasan dan kasih sayangnya yang ingin bertemuku itu menjadi nadi sebenar...
17 Disember 2010
Hatiku semakin berdebar...adakah aku akan berantakan hebat atau menggunakan psikologi
setiap detik aku berasa cemas...khuatiri ketelanjuran kata aku ini akan membawa padah...
persetujuan aku untuk berjumpa menyelesaikan masalah yang timbul...
setiap waktu aku berfikir bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku selesaikan masalah ini...
18 Disember 2010
Jam 3.00 petang kami berjumpa...dia mengambil aku di rumah dan membawa ke taman yang pernah kami kunjungi...
perasaan marah, cemas, geram segalanya berbaur...
aku tidak tahu cara bagaimana ingin dimulakan...
seraya berkata mulakan lah huraian dan apakah tujuan dan keinginan sebenar berjumpa denganku...
huraian demi huraian, penjelasan demi penjelasan...
hati yang terbuku terlerai sudah...
kekuatan yang aku miliki aku campurkan dengan titip keihlasan dan kejujuran penyatuan yang baik membuatkan jawapan yang aku berikan diterima...
amin...amin...amin...hubungan kami ini masih diteruskan...
aku diminta untuk menemankan ke kenduri walimatul urus teman sepejabat...
ku terima dan lantas berkata adakah itu bermakna perjumpaan dengan keluarga si dia...
tersenyum dan aku mula kecelaruan kali kedua...
apakah aku akan diterima dengan baik atau sebaliknya...
Seterunya pada tarikh keesokan 19 Disember 2010 (Kenduri JB di Sungai Besar dan Pengalaman Berjumpa Ibu Bapa si Dia)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment