Blogger Backgrounds

Monday, February 27, 2012

Pengalaman Berniaga

Hye semua...

Sabtu yang lepas, memang memenatkan namun begitu, aku dan rakan kongsi seronok sangat sebab itulah kali pertama pengalaman berniaga untuk barangan sendiri...aku dan rakan baru mencuba nasib untuk berniaga dan ingin berusaha bersungguh-sungguh dalam peniagaan ini...

Pada waktu ini aku dan rakan kongsi baru berjinak-jinak dalam perniagaan...mana tahu ada rezeki, dan support dari rakan-rakan yang lain...

minat mendalam pun kene adakan....

Berbalik pada Sabtu yang lepas...perjalanan dari Putrajaya ke destinasi tapak perniagaan memang memenatkan, namun demi untuk mempelajari dan mendapatkan pengalaman yang baru tidak mematahkan usaha kami untuk berniaga...pengalaman walaupun satu malam tapi sangat bermakna...

Pada mulanya sampai dan berehat...memang tak cukup, kemudian kelengkapan barang pula ada lagi yang sempurna..berkejar-kejaran untuk melengkapkan barang-barang...masa memang berlalu begitu pantas...tiba masanya untuk buka gerai gerimis mengundang...tapi Alhamdulillah hanya sementara..

Jam 7.00 malam tapak gerai sudah tersedia dan kami hanya menunggu pelanggan untuk membeli...menunggu sehingga jam 12.30 pagi amat meletihkan dan ada yang menyeronokkan juga sebab kami dapat melayan karenah pelanggan dan ada juga yang membeli...

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang sudi memberi barang jualan kami itu...

Thursday, February 16, 2012

Perubahan

Hai semua...

Sekali lagi kejutan untuk aku...nak tahu x semua..buat pertama kalinya aku diberi mandat untuk jadi PA...hadoi memang x biasa jadi PA begini...

tapi galakan daripada penyelia dan juga ketua unit...aku gagahkan jua dalam diam aku pun rasa dulu pun aku pernah rasa minat untuk jadi PA...tapi yang boringnya ialah penampilan aku...macam x menarik...

Korang semua ada cadangan x...walaupun aku jadi PA ney x lama, tapi aku nak menghasilkan bahawa aku ney PA yang bleh dikenang sampai bila2....

Korang sokong aku x....

Monday, February 13, 2012

Pertukaran@Perubahan

Salam,

Entri terbaru aku pada awal 13 Februari 2012 ini...tarikh berkuatkuasa aku bertukar ke Unit Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan...

Style baru untuk di Unit yang baru..pada masa yang sama semangat baru aku untuk bekerja di Unit yang baru pun ada..aku pasti yang mana apa yang aku lakukan jika niat yang betul kerana Dia,,,aku akan mendapat yang terbaik...

Oleh itu kalian di sana...aku pohon dapat memberi kerjasama dan memberi tunjuk ajar kepada aku untuk semua perkara yang baru untuk aku pelajari... Moralnya di sini ialah jangan terlalu lama di 'comfort zone' bukannya tidak bagus cuma pada suatu ketika atau kelak nanti kita akan perolehi banyak pengalaman di samping menyerlahkan kebolehan yang baru...

Doa kalian amat aku perlukan bagi membangkit semangat bekerja di sini...