Blogger Backgrounds

Thursday, December 6, 2012

USS

Dah lama x post kat blog...so malas cerita tengok jew r...




























Saturday, November 3, 2012


27.10.2012

Selamat Bertunang ikhlas dari aku kepada adik tersayang Khai dan pasangannya Umie.. Semoga pertunangan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin seterusnya ke akhir hayat....



Kepada umie tq kerana membantu mengubah hantaran....





Tuesday, July 24, 2012

Susu Alphalipid SD2


http://alphalipidsd2.com/

http://www.slimdiet2sihat.blogspot.com/

Gayakan hidup yang sihat dengan susu alphalipidsd2....



Sekiranya berminat boleh hubungi atau mesej saya di talian 012-7022405 atau facebook : alphalipid85@gmail.com

Terutama di kawasan Putrajaya dan Lembah Klang..


Anda Pilih Anda Dapat....

Friday, July 20, 2012

Sehari sebelum menyambut bulan puasa

Salam semua...

Sebagai hamba yang tidak lepas dari kekhilafan..dari hujung rambut sampai ke hujung kaki..saya mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang pergaulan ini...ada yang menyakiti atau segala..halalkan makan dan minum...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

ikhlas - azizi.selamat -

Tuesday, July 10, 2012

Ketabahan Aku

Selamat semua...

Tajuk hari ini mainkan peranan penting dalam diri aku...dalam kehidupan yang penuh dengan suka dan duka..bagaimana kemampuan kita...apakah batu pengukur untuk kita bagi menentukan kita dapat menempuhi semua perkara yang berlaku..

aku tidak ada cara untuk mengukur kesemua yang berlaku..namun aku punya hati dan perasaan dalam setiap apa yang aku lakukan...kekadang aku gembira dalam apa yang aku lakukan pada masa yang sama aku juga bersedih dengan apa yang telah dilakukan...

Persoalannya dimanakan ketabahan aku..apakah batu pengukurnya...dimanakan yang menunjukkan kemampuan aku waktu ini....

-love-

Friday, July 6, 2012

Mr Lonely

salam semua...

tajuk pagi ini agak ketara kot...tapi itulah apa yang aku rasa kini...selama lebih sebulan aku tidak merasakan apa-apa lagi...adakah ini menunjukkan penghujungnya atau permulaan bagi cerita bagi diri aku...

walaupun umurku kini xx tapi aku rasa perhubungan yang x terbina ini tidak memberikan kesan dengan apa yang berlaku sekarang ini...

apa yang berlaku bukan kehendakku akan tetapi itu pilihanmu...dan janjimu pada waktu itu pada jam 3.00 pagi membuatkan aku memegang segala kata-katamu tapi hari ini...janji itu hanya kata manis yang keluar dari mulutmu...

tiada guna bagiku untuk sentiasa mengingati cuma hati ini kecewa dan terkilan....

https://www.youtube.com/watch?v=gfWCaqTHIoE

inilah perasaan aku waktu ini...untukmu....

Friday, June 29, 2012

Doakan eratan hubungan itu

Hye Semua...

Pagi ini terasa ingin berkongsi cerita kisah benar yang berlaku dalam kehidupan hari ini...Fungsi percaya mempercayai, hormat-menghormati, faham-memahami, bertolak ansur,kasih dan sayang dalam membentuk suasana yang harmoni dan bahagia...

Pada aku ini semua akan jadi pakej lengkap namun apakah kesenangan (duit, tempat tinggal yang baik, jiran yang baik, keadaan sekeliling yang kondusif) tidak menjadi peranan penting dalam sesuatu hubungan...aku merasakan perkara ini menjadi satu peranan dalam mengeratkan sesebuah pertalian..mungkin pada sesetengah orang akan nampak bahawa itu semua mata pandangan materialistik tapi tidakkah terfikir dengan peredaran masa kini kesemua ini penting bagi membentuk kebahagiaan keluarga selain perkara-perkara yang  harmoni...

Aku ingin memaksudkan apa yang telah berlaku dalam keluarga dan diri aku sendiri...tolonglah semua ini perlu bagi menjamin ikatan yang baik...perut perlu diisi...kereta perlu diisi minyak untuk bergerak...nak berjalan naik kenderaan awam pun kene bayar...masuk tandas awam pun kene bayar...jadi x faham2 lagi ke...kalu x faham lagi...ko duduklah dalam hutan jawabnya bersaing dengan fauna dan flora di sana...

kepada **** ko fahamilah bahawa apa yang telah dilaksanakan oleh **** aku itu perkara yang baik..bukan kau tohmah, caci dan hina dye...apa yang ko dengar x semestinya betul...dan aku rasakan orang yang menyampaikan itu pun jauh terpesong....

APA PANDANGAN SEMUA....

Wednesday, June 20, 2012

Hurt Again

Hye there...

im not sure wether im do right or wrong but yet...u know me better right...but why im still hurt...
y u hurt me...am i like ur punch bag...

y cant u understand me...owh please dont treat me like this anymore...
i just need ur attention...ur love...please dont give any promise if u cant fulfill...

i hope one day..u will realize that i love u so much....

Tuesday, June 5, 2012

No turn back

hai semua...

pagi ini saja jew nak ceritakan tentang kisah hati yang tak berapa kisah hati...tapi hati ini terkucil sedikit juga r.... jadi kepada yang mempunyai kisah hati seperti ini...boleh berkongsi bersama...

"Dahulu sewaktu diriku begitu bersemangat untuk menambah rezeki..bekerja siang dan malam...
engkau menjawab...
- apa perlu bekerja waktu malam sedangkan kita dah penat bekerja pada siang hari..dan malam waktu untuk kita berehat -

"Dahulu sewaktu engkau menginginkan mewujudkan perniagaan kecil-kecilan, aku bersetuju untuk membantu dalam mencari dan mengeluarkan bajet untuk dikongsi bersama dirimu"
tapi engkau kini...
- tidak mengambil endah atas apa yang aku lakukan -

"Dahulu sewaktu aku mengajak dirimu untuk menyertai program perniagaan itu"..
tapi engkau menolak...
- malaslah buat jew lah sendiri...xnak ikut...kini dirimu pula mengajak aku sedangkan aku tidak bersemangat lagi malahan dirimu bakal kerap meninggalkan aku kini....-

Adakah ini penghujungnya atau aku terlalu beremosi...kita pernah berjanji supaya membuat keputusan bersama tapi kini....sudah aku tidak ingin membebankan diriku dengan semua ini...

untukmu bahawa aku kini sangat sedih ....



Friday, June 1, 2012

Terkilan namun masih bersyukur...

Hye semua mesti terkejutkan kalu cakap hal terkilan ney...aku x pasti dengan sapa perlu diluahkan...cuma dengan mencoret di blog ini...mampu membuatkan aku rasa gembira sedikit...

aku tidak menyangka perkara ini berlaku,,..serba sedikit aku masih bersyukur kerana, aku dapat berpuasa pada 31.5.2012 (khamis) semalam...bersyukur dapat berpuasa sehari penuh...ingatkan dapat berbuka di rumah...namun esakkan daripada dye...aku turutkan...dengan janji tidak akan berlaku apa...aku ingatkan persiapan untuk aku berbuka akan ada seperti di janjikan..rupanya tidak begitu...

belum pernah dalam usia aku ini terpaksa minum air paip untuk berbuka puasa...walaupun dye ada berikan aku sebiji gula2 coklat untuk aku batalkan puasa...tidak plak dye jaga aku...dan tidak juga menunjukkan perhatiannya kepada aku....

Dapat aku lihatkan, bahawa ia lebih kepada untuk aku menemankan dye bagi menghadiri majlis itu,...majlis yang aku telah ikuti setahun yang lalu...tidakkah aku sedih...

setahun yang lalu ketika aku sendiri mengajak dye untuk majlis yang sama...dye menolak...malah aku sendiri telah tidak mengikuti majlis itu lagi selepas memikirkan akan diri dye...tapi semalam dye pula yang mengajak aku...terkilan...

aku sungguh terkilan...

Semasa majlis berlangsung...ujian aku bertambah, dengan migrain aku datang dan pening yang amat sangat...aku mengadu pada dye...dye tetap tidak dapat membuat keputusan...dye mengikut arus naluri dan menjaga hati perasaan kawan dye berbanding diri aku ini...

akibatnya dalam perjalanan balik, tidak tertahan sakit aku...migrain yang amat sangat...pening sampai melelehkan air mata...tiba di rumah aku muntah...badan aku menggigil...adakah itu janji yang dye akan menjaga aku...sedangkan dalam hati aku sudah terkilan sungguh dengan keadaan dari awal yang berlaku tadi...

Tolonglah jangan buat begini lagi pada aku...peganglah pada janji...jika sanggup kotai...janganlah memberi janji jika x mampu untuk melaksanakannya....

Pada pagi ini aku bangun dah bersyukur kerana DIA masih memberikan aku peluang untuk hidup dan menilai erti kehidupan...Sesungguhnya bersyukurlah kerana DIA yang menurunkan rezeki dan kita perlu bijak dalam mencari rezeki yang terbaik daripadaNYA...

Thursday, May 31, 2012

Burfday Gift



Hye semua entry hari ney...versi agak belated...dah seminggu berlalu, baharu nak announce, dapat gift daripada  seseorang...terima dengan hati yang terbuka...

macam x percaya tapi boleh merasakannya...walau apa pun terima kasih kerana sudi memberikan Samsung Y, eh betul ke...heheheh yang penting dah dapat...

Sonoknya...dalam hati ini dah fikir nak beli apa untuk balas masa giliran dye nanti....

ok semua...dalam nada sangat happy....

Friday, May 18, 2012

Sambutan Ulangtahun 3 sekawan dan perpisahan Jess



Gambar ini diambil semasa jamuan perpisahan dan sambutan ulangtahun aku, CC dan EO...walaupun masa jamuan begitu singkat, namun masih berjalan dengan lancar...

kepada diri aku sendiri, CC dan EO 

-Selamat Ulangtahun Kelahiran-

walaupun masih tarikh yang sebenar, demi untuk meraikan dan mengambil kesempatan yang ada...

bertempat di Citra Klasik Putrajaya






Kek Chocolate Indulgence, Secret Reciepi, Alamanda


Salam Jummat

Selamat pagi semua..

Hari ney terasa nak menulis sesuatu dalam blog ini....selalunya hanya pandang jauh sahaja apabila buka blog ney...tapi hari ney rasa lain sikit....

rasanya x sama diri ini dengan background blog aku...gambar seekor kuda yang tampak gagah berani, hebat tapi jiwa ku kini sangat hebat menerima sesuatu dugaan....

apakah aku sedang menyeksa diri atau aku perlu keluar dari kepompong zon selesa...banyak perkara yang berlegar dalam benak fikiran aku...hanya Dia sahaja yang tahu...

Hari ini aku bukan nak berkongsi...cuma sekadar ingin menulis sahaja dalam blog ini dan sekadar ingin mengemaskini sesuatu..itu sahaja....

Monday, April 23, 2012

Glory Beach Resort, Port Dickson

Mesyuarat Pengarah Negeri (SDM) Bil. 1/2012 bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan...

aku bersama ketua urusetia yang sedang melihat emel dan perkara yang perlu dilaksanakan sepanjang mesyuarat berlangsung di Bilik Bunga Raya....



perbincangan demi perbincangan demi  memastikan mesyuarat berjalan dengan lancar...


barisan antara urusetia sepanjang mesyuarat berlangsung...


Antara barisan urus setia PPBKP, EO Kew & aku...di hujung sana Miss Miri...


gambar yang agak kabur ini, di candid semasa membincangkan isu sesi fotografi pada hari yang kedua...



pemanmdangan dari arah bilik yang aku diami... sea view katanya...tapi indah


pool side sangat cantik....dalam keadaan segan-segan..akhirnya dapat juga aku terjun ke dalam pool...best...

Tuesday, April 10, 2012

Mengenang kisah lalu

Selamat Pagi Semua...

Tetiba pagi ini teringat plak kisah yang lalu...kisah yang mengundang suka dan duka..Setelah sekian lama, hati ini terasa terpanggil untuk memikirkan sesuatu...

Terjaga aku dari mimpi yang lena...fikiran aku melayang entah ke mana..hati jiwa aku merasa tidak menentu, fikiran aku tetiba teringat kisah yang lalu...

Mandi aku pagi ini memikirkan tentang masa hadapan hidupku...perlukah aku lalui semua ini...atau perlukah aku membiarkan ia berlalu pergi....

Tuesday, March 27, 2012

Semalaman di seberang

Hye semua...

Entry kali ini ada kelainan sedikit, ingin menceritakan pengalaman semalaman di negeri orang...perancangan hanya sebulan dan terus buat keputusan untuk terbang...

inilah nama terjah sahaja...nasib baik aku ney kira masih boleh terima dengan keadaan dan tempat orang jika tidak...nasib jugakan...

owh ea..pengalaman yang ingin dikongsi...mengadaptasi di kawasan orang..mengenal budaya orang dan menikmati hidangan komuniti yang berlainan...aku terbang dari LCCT jam 11.05 pagi dan tiba di kawasan tersebut jam 1.40 tengahari..perjalanan yang mengambil masa 2 jam setengah tidaklah memenatkan sangat kerana ini merupakan pengalaman pertama dan bagi aku semua pengalaman mesti menyeronokan walaupun adakalanya tidak seperti yang dijangkakan...

Setibanya di lapangan aku menaiki teksi dan menuju ke destinasi yang dipilih..hotel penginapan di warisan square...di kawasan bandar dan penuh dengan aktiviti perniagaan...memandangkan waktu tiba masih awal..kesempatan itu aku teruskan dengan berjalan di tepi laut dan beramah mesra dengan orang tempatan...mereka sangat ramah dan baik2 belaka...

sempat juga aku singgah minum air kelapa..begitu menyegarkan di waktu petang yang indah...kelihatan orang-orang di situ sedang menyiapkan ruang tapak perniagaan..memanggil pelanggan untuk membeli barangan mereka...geli hati aku melihatkan telatah itu,,.kepenatan mereka di selang seli dengan gurau senda dan tawa...mereka semua kuat dan tekun bekerja..

malam itu aku menjamu makanan yang cukup ringkas..bakso tapi bukan bakso yang orang kenali..ini bakso tempatan yang ternyata sangat enak...kemudia kuih koci yang berbentuk leper..lempeng kelapa yang begitu tebal macam2 lagi...ha yang best ialah kicai peng...apa tu agaknya...minuman limau dicampurkan dengan asam boy...memang menghilangkan kepenatan berjalan dan dahaga di tekak ini...

aku berjanji untuk bertandang kembali di sana dan berjalan2 di kawasan-kawasan yang lebih indah...

Thursday, March 15, 2012

Hate

Im hate and really hurt....

Monday, March 5, 2012

Ekspo Buku Islam - Putrajaya -

Hye semua...

Semalam hari terakhir Ekspo Buku Islam, baru lah terkedek2 aku nak datang...itupun dah hampir lewat baru nak sampai,....apalah aku ney kan,...selalu melambat-lambatkan perkara yang baik...hehehe

Namun begitu,  dalam masa yang pendek itu tetap juga dimunafaatkan sebaik2nya...dalam membelek2 buku yang begitu banyak mata aku terpandang pada sebuah buku yang berjudul Waqiah....

Berdasarkan nama tersebut ianya merupakan sebuah surah iaitu Al-Waqiah...sebagai pemurah rezeki...masih belum sempat untuk aku menelaah buku tersebut....sebab semalam aku sampai rumah pun jam 11 lebih malam...jadi itu merupakan masa2 yang baik untuk aku berehat....

Aku janji jika aku telah menelaah isi kandungan buku tersbut...aku akan tulis pada entri blog ini...

Salam...

Monday, February 27, 2012

Pengalaman Berniaga

Hye semua...

Sabtu yang lepas, memang memenatkan namun begitu, aku dan rakan kongsi seronok sangat sebab itulah kali pertama pengalaman berniaga untuk barangan sendiri...aku dan rakan baru mencuba nasib untuk berniaga dan ingin berusaha bersungguh-sungguh dalam peniagaan ini...

Pada waktu ini aku dan rakan kongsi baru berjinak-jinak dalam perniagaan...mana tahu ada rezeki, dan support dari rakan-rakan yang lain...

minat mendalam pun kene adakan....

Berbalik pada Sabtu yang lepas...perjalanan dari Putrajaya ke destinasi tapak perniagaan memang memenatkan, namun demi untuk mempelajari dan mendapatkan pengalaman yang baru tidak mematahkan usaha kami untuk berniaga...pengalaman walaupun satu malam tapi sangat bermakna...

Pada mulanya sampai dan berehat...memang tak cukup, kemudian kelengkapan barang pula ada lagi yang sempurna..berkejar-kejaran untuk melengkapkan barang-barang...masa memang berlalu begitu pantas...tiba masanya untuk buka gerai gerimis mengundang...tapi Alhamdulillah hanya sementara..

Jam 7.00 malam tapak gerai sudah tersedia dan kami hanya menunggu pelanggan untuk membeli...menunggu sehingga jam 12.30 pagi amat meletihkan dan ada yang menyeronokkan juga sebab kami dapat melayan karenah pelanggan dan ada juga yang membeli...

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang sudi memberi barang jualan kami itu...

Thursday, February 16, 2012

Perubahan

Hai semua...

Sekali lagi kejutan untuk aku...nak tahu x semua..buat pertama kalinya aku diberi mandat untuk jadi PA...hadoi memang x biasa jadi PA begini...

tapi galakan daripada penyelia dan juga ketua unit...aku gagahkan jua dalam diam aku pun rasa dulu pun aku pernah rasa minat untuk jadi PA...tapi yang boringnya ialah penampilan aku...macam x menarik...

Korang semua ada cadangan x...walaupun aku jadi PA ney x lama, tapi aku nak menghasilkan bahawa aku ney PA yang bleh dikenang sampai bila2....

Korang sokong aku x....

Monday, February 13, 2012

Pertukaran@Perubahan

Salam,

Entri terbaru aku pada awal 13 Februari 2012 ini...tarikh berkuatkuasa aku bertukar ke Unit Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan...

Style baru untuk di Unit yang baru..pada masa yang sama semangat baru aku untuk bekerja di Unit yang baru pun ada..aku pasti yang mana apa yang aku lakukan jika niat yang betul kerana Dia,,,aku akan mendapat yang terbaik...

Oleh itu kalian di sana...aku pohon dapat memberi kerjasama dan memberi tunjuk ajar kepada aku untuk semua perkara yang baru untuk aku pelajari... Moralnya di sini ialah jangan terlalu lama di 'comfort zone' bukannya tidak bagus cuma pada suatu ketika atau kelak nanti kita akan perolehi banyak pengalaman di samping menyerlahkan kebolehan yang baru...

Doa kalian amat aku perlukan bagi membangkit semangat bekerja di sini...

Thursday, January 19, 2012

Perubahan

Setelah hampir 3 minggu banyak perubahan telah berlaku...apa tidaknya dengan perangai aku ney..entah apa2 jew yang aku dah lakukan...namun begitu, aku plak merasakan seperti orang baru lagaknya,,..buat derk dan tak amik langsung hal duniawi orang lain...malas aku nak masuk campur..ini kerana diri aku sendiri pun aku x sempat nak oleh jadi yang baik...so apatah lagi aku nak mengolah orang...

Pendekatan yang aku amik sangat mudah, aku langsung x bertegur sapa dengan sesiapa termasuk kawan-kawan rapat dan seperjuangan dengan cara itu aku telah kenal sapa kawan dan sapa bukan..(paham jewlah) lantas kawan yang aku sayang di opis ini telah muncul sebagaimana ketentuan...bukan mudah untuk aku melupakan kelak mereka ini,...

Pendekatan kedua yang aku harus lalui ialah aku telah memohon untuk mendapat suasana kerja yang baru bukan di opis ini tetapi ke tempat lain yang aku rasa kalu ada masalah pun aku cuba mengatasi masalah di dalam keadaan suasana baru...Aku mohon janganlah ada masalah yang timbul...Banyak aku berdoa pada Maha Esa...permudahkanlah urusan aku ini...

So buat sementara ini aku akan terus mencintai diri aku dan orang yang menyanyagi aku...kehadapan kawan-kawan yang benar kawan...aku amat menyanyagi korang dan aku doakan korang sentiasa di bawah Lindungan dan Rahmatnya...

Amin

Monday, January 9, 2012

Kesedihan

Wajarkah aku berkelakuan begini..menyepikan diri,...terasa diri ini diasingkan walaupun hakikatnya..aku yang mengasingkan diri sendiri..aku tidak meraih simpati..aku tidak juga inginkan belas ihsan orang...aku cuma ingin beritahu bahawa aku mampu melakukan pada setiap yang diarahkan ataupun aku mampu melaksanakan pada setiap yang kurasakan perlu,..

Tidak itu semua ancaman atau kebaikan untuk semua..namun mengapa jadi begini,..aku mengasingkan diri agar mereka boleh melakukan apa sahaja mereka mahu...aku perlu kuat menghadapi semua ini...aku rasakan aku perlu sokongan orang yang diluar sana yang tidak mengenali aku..tapi adakah itu wajar...

Korang semua adalah kawan kepada aku,,..aku sukar untuk percaya pada orang waktu ini..Bagi aku semuanya pendusta...