Blogger Backgrounds

Monday, February 27, 2012

Pengalaman Berniaga

Hye semua...

Sabtu yang lepas, memang memenatkan namun begitu, aku dan rakan kongsi seronok sangat sebab itulah kali pertama pengalaman berniaga untuk barangan sendiri...aku dan rakan baru mencuba nasib untuk berniaga dan ingin berusaha bersungguh-sungguh dalam peniagaan ini...

Pada waktu ini aku dan rakan kongsi baru berjinak-jinak dalam perniagaan...mana tahu ada rezeki, dan support dari rakan-rakan yang lain...

minat mendalam pun kene adakan....

Berbalik pada Sabtu yang lepas...perjalanan dari Putrajaya ke destinasi tapak perniagaan memang memenatkan, namun demi untuk mempelajari dan mendapatkan pengalaman yang baru tidak mematahkan usaha kami untuk berniaga...pengalaman walaupun satu malam tapi sangat bermakna...

Pada mulanya sampai dan berehat...memang tak cukup, kemudian kelengkapan barang pula ada lagi yang sempurna..berkejar-kejaran untuk melengkapkan barang-barang...masa memang berlalu begitu pantas...tiba masanya untuk buka gerai gerimis mengundang...tapi Alhamdulillah hanya sementara..

Jam 7.00 malam tapak gerai sudah tersedia dan kami hanya menunggu pelanggan untuk membeli...menunggu sehingga jam 12.30 pagi amat meletihkan dan ada yang menyeronokkan juga sebab kami dapat melayan karenah pelanggan dan ada juga yang membeli...

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang sudi memberi barang jualan kami itu...

Thursday, February 16, 2012

Perubahan

Hai semua...

Sekali lagi kejutan untuk aku...nak tahu x semua..buat pertama kalinya aku diberi mandat untuk jadi PA...hadoi memang x biasa jadi PA begini...

tapi galakan daripada penyelia dan juga ketua unit...aku gagahkan jua dalam diam aku pun rasa dulu pun aku pernah rasa minat untuk jadi PA...tapi yang boringnya ialah penampilan aku...macam x menarik...

Korang semua ada cadangan x...walaupun aku jadi PA ney x lama, tapi aku nak menghasilkan bahawa aku ney PA yang bleh dikenang sampai bila2....

Korang sokong aku x....

Monday, February 13, 2012

Pertukaran@Perubahan

Salam,

Entri terbaru aku pada awal 13 Februari 2012 ini...tarikh berkuatkuasa aku bertukar ke Unit Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan...

Style baru untuk di Unit yang baru..pada masa yang sama semangat baru aku untuk bekerja di Unit yang baru pun ada..aku pasti yang mana apa yang aku lakukan jika niat yang betul kerana Dia,,,aku akan mendapat yang terbaik...

Oleh itu kalian di sana...aku pohon dapat memberi kerjasama dan memberi tunjuk ajar kepada aku untuk semua perkara yang baru untuk aku pelajari... Moralnya di sini ialah jangan terlalu lama di 'comfort zone' bukannya tidak bagus cuma pada suatu ketika atau kelak nanti kita akan perolehi banyak pengalaman di samping menyerlahkan kebolehan yang baru...

Doa kalian amat aku perlukan bagi membangkit semangat bekerja di sini...

Thursday, January 19, 2012

Perubahan

Setelah hampir 3 minggu banyak perubahan telah berlaku...apa tidaknya dengan perangai aku ney..entah apa2 jew yang aku dah lakukan...namun begitu, aku plak merasakan seperti orang baru lagaknya,,..buat derk dan tak amik langsung hal duniawi orang lain...malas aku nak masuk campur..ini kerana diri aku sendiri pun aku x sempat nak oleh jadi yang baik...so apatah lagi aku nak mengolah orang...

Pendekatan yang aku amik sangat mudah, aku langsung x bertegur sapa dengan sesiapa termasuk kawan-kawan rapat dan seperjuangan dengan cara itu aku telah kenal sapa kawan dan sapa bukan..(paham jewlah) lantas kawan yang aku sayang di opis ini telah muncul sebagaimana ketentuan...bukan mudah untuk aku melupakan kelak mereka ini,...

Pendekatan kedua yang aku harus lalui ialah aku telah memohon untuk mendapat suasana kerja yang baru bukan di opis ini tetapi ke tempat lain yang aku rasa kalu ada masalah pun aku cuba mengatasi masalah di dalam keadaan suasana baru...Aku mohon janganlah ada masalah yang timbul...Banyak aku berdoa pada Maha Esa...permudahkanlah urusan aku ini...

So buat sementara ini aku akan terus mencintai diri aku dan orang yang menyanyagi aku...kehadapan kawan-kawan yang benar kawan...aku amat menyanyagi korang dan aku doakan korang sentiasa di bawah Lindungan dan Rahmatnya...

Amin

Monday, January 9, 2012

Kesedihan

Wajarkah aku berkelakuan begini..menyepikan diri,...terasa diri ini diasingkan walaupun hakikatnya..aku yang mengasingkan diri sendiri..aku tidak meraih simpati..aku tidak juga inginkan belas ihsan orang...aku cuma ingin beritahu bahawa aku mampu melakukan pada setiap yang diarahkan ataupun aku mampu melaksanakan pada setiap yang kurasakan perlu,..

Tidak itu semua ancaman atau kebaikan untuk semua..namun mengapa jadi begini,..aku mengasingkan diri agar mereka boleh melakukan apa sahaja mereka mahu...aku perlu kuat menghadapi semua ini...aku rasakan aku perlu sokongan orang yang diluar sana yang tidak mengenali aku..tapi adakah itu wajar...

Korang semua adalah kawan kepada aku,,..aku sukar untuk percaya pada orang waktu ini..Bagi aku semuanya pendusta...

Thursday, December 22, 2011

Akhir Tahun, Tahun Baru dan Resolusi

Salam...hampir sebulan aku tinggalkan blog ney...kekadang mencari entri tertentu untuk tatapan pembaca blog...
Ingin bertanya pada kawan-kawan di luar sana..Saban tahun kita akan mendengar, " eh macam x percaya, dah sampai penghujung tahun...", " cepatnya masa berlalu", "tahun depan, apa azam kau ea" dan macam-macam lagi...tapi kawan-kawan rasa,..apa yang sepatutnya kita lakukan ea....ada antara rakan-rakan yang memang mengejar impian yang dipasangkan sejak kecil lagi...dan adakalanya rakan-rakan membiarkan arus masa menentukan...

Apa pendapat kawan-kawan tentang perkara ini? Pada ketika saya menaip blog ini...fikiran saya jelas menggambarkan perkara yang lepas dan masih tidak dapat disempurnakan...masih lagi memikirkan akan perkara-perkara yang diimpikan untuk menjadi kenyataan..'

Kawan-kawan bagaimana pula? Adakah sama macam saya?

Wednesday, November 30, 2011

Kekuatan Aku

Semua orang ingin menjadi yang terbaik..bagi aku begitu juga...aku ingin membuat yang terbaik dalam kehidupan dan setiap perkara yang aku laksanakan...malahan apa jua yang diarahkan aku cuba buat yang terbaik asalkan diberikan kepercayaan terhadap diri aku ini...namun jangan mengambil kesempatan yang mana seolahnya aku ney terlalu hebat sehinggakan dapat memikirkan akan semua perkara yang diarahkan atau aku boleh membuat sesuatu tanpa mengikut arahan...

Memang terasa sungguh apabila apa yang aku lakukan ini seolahnya tidak lengkap atau aku ney tidak dimaklumkan sebaiknya untuk apa jua untuk aku lakukan...sebagai seorang yang ingin bertanggungjawab terhadap apa yang diarahkan aku memang gembira untuk melakukakan yang terbaik demi kelancaran majlis yang dianjurkan...nah sekarang ini memperlihatkan ketegasan aku dalam semua perkara dan bukan mudah untuk aku berurusan dengan pelbagai pihak bukan...


Aku hanya ingin kepuasan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan pada masa yang sama bertanggungjawab dalam semua aspek dan mengambilkira pada semua perkara walaupun sebenarnya tidak perlu bagi aku untuk memikirkan hal tersebut.

Bantulah aku untuk menjadi insan yang terbaik dan memberikan perkhidmatan yang puas kepada mereka yang memerlukan...