Blogger Backgrounds

Wednesday, November 30, 2011

Kekuatan Aku

Semua orang ingin menjadi yang terbaik..bagi aku begitu juga...aku ingin membuat yang terbaik dalam kehidupan dan setiap perkara yang aku laksanakan...malahan apa jua yang diarahkan aku cuba buat yang terbaik asalkan diberikan kepercayaan terhadap diri aku ini...namun jangan mengambil kesempatan yang mana seolahnya aku ney terlalu hebat sehinggakan dapat memikirkan akan semua perkara yang diarahkan atau aku boleh membuat sesuatu tanpa mengikut arahan...

Memang terasa sungguh apabila apa yang aku lakukan ini seolahnya tidak lengkap atau aku ney tidak dimaklumkan sebaiknya untuk apa jua untuk aku lakukan...sebagai seorang yang ingin bertanggungjawab terhadap apa yang diarahkan aku memang gembira untuk melakukakan yang terbaik demi kelancaran majlis yang dianjurkan...nah sekarang ini memperlihatkan ketegasan aku dalam semua perkara dan bukan mudah untuk aku berurusan dengan pelbagai pihak bukan...


Aku hanya ingin kepuasan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan pada masa yang sama bertanggungjawab dalam semua aspek dan mengambilkira pada semua perkara walaupun sebenarnya tidak perlu bagi aku untuk memikirkan hal tersebut.

Bantulah aku untuk menjadi insan yang terbaik dan memberikan perkhidmatan yang puas kepada mereka yang memerlukan...

2 comments:

  1. "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    tip hilangkan getah pokok d. tahi burung pd kereta

    ReplyDelete
  2. tq...apa pun kene datang dari diri sendiri

    ReplyDelete