Blogger Backgrounds

Tuesday, March 27, 2012

Semalaman di seberang

Hye semua...

Entry kali ini ada kelainan sedikit, ingin menceritakan pengalaman semalaman di negeri orang...perancangan hanya sebulan dan terus buat keputusan untuk terbang...

inilah nama terjah sahaja...nasib baik aku ney kira masih boleh terima dengan keadaan dan tempat orang jika tidak...nasib jugakan...

owh ea..pengalaman yang ingin dikongsi...mengadaptasi di kawasan orang..mengenal budaya orang dan menikmati hidangan komuniti yang berlainan...aku terbang dari LCCT jam 11.05 pagi dan tiba di kawasan tersebut jam 1.40 tengahari..perjalanan yang mengambil masa 2 jam setengah tidaklah memenatkan sangat kerana ini merupakan pengalaman pertama dan bagi aku semua pengalaman mesti menyeronokan walaupun adakalanya tidak seperti yang dijangkakan...

Setibanya di lapangan aku menaiki teksi dan menuju ke destinasi yang dipilih..hotel penginapan di warisan square...di kawasan bandar dan penuh dengan aktiviti perniagaan...memandangkan waktu tiba masih awal..kesempatan itu aku teruskan dengan berjalan di tepi laut dan beramah mesra dengan orang tempatan...mereka sangat ramah dan baik2 belaka...

sempat juga aku singgah minum air kelapa..begitu menyegarkan di waktu petang yang indah...kelihatan orang-orang di situ sedang menyiapkan ruang tapak perniagaan..memanggil pelanggan untuk membeli barangan mereka...geli hati aku melihatkan telatah itu,,.kepenatan mereka di selang seli dengan gurau senda dan tawa...mereka semua kuat dan tekun bekerja..

malam itu aku menjamu makanan yang cukup ringkas..bakso tapi bukan bakso yang orang kenali..ini bakso tempatan yang ternyata sangat enak...kemudia kuih koci yang berbentuk leper..lempeng kelapa yang begitu tebal macam2 lagi...ha yang best ialah kicai peng...apa tu agaknya...minuman limau dicampurkan dengan asam boy...memang menghilangkan kepenatan berjalan dan dahaga di tekak ini...

aku berjanji untuk bertandang kembali di sana dan berjalan2 di kawasan-kawasan yang lebih indah...

No comments:

Post a Comment