Blogger Backgrounds

Thursday, May 5, 2011

MdI Ipoh

Terima kasih kepada Kak Dijah, Kak Put, CC Ezan dan Pn Farah kerana treat saya makan di Simpang Tiga, Ipoh...Ayam Penyet dan Air jus Kedondong..Sesungguhnya memang best...rasa nak datang lagi n makan kat sana...nak kongsi gak aku jumpa krew apek production semasa menjamu selera...best gitu macam makan ngan artis2..hahahah
korang kalu datang ke bandar ipoh jangan lupa datang ke restoran simpang tiga, makan set menu ayam penyet, memang puas hati punya... 

Wednesday, April 27, 2011

APC Tahun 2010

Tak sangka aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010.. Seronok dapat jumpa rakan daripada cawangan...Tapi ada juga mulut LONGKANG yang tak ada sivik lagi x berinsurans yang mengutuk kami yang dapat anugerah ini sebab jadi kaki ampu...sakit benar hati aku ini mendengarnya...bukan aku ni mengampu..x pernah sekali pun aku mengampu diorang...hmm kalu diorang nak sangat anugerah tu...kenapa x kerja dengan baik dari sekarang,,,apa masalah diorang ni agaknya kan...hampeh,.,,Kepada rakan-rakan yang menerima anugerah tersebut aku ucapkan tahniah...

Monday, April 25, 2011

Cameron Highlands

Sungguh indah waktu di Cameron Highlands, walau pun dalam aku bekerja dapat juga ku menikmati segala keindahan yang tercipta...namun itu hanyalah seketika apabila ku merasakan masih ada detik penting yang perlu aku lalui selepas ini...barangkali peristiwa yang berlaku itu kelak akan memedihkan jiwa....aku perlu kuat dan tabah menghadapi semua ini....masa akan berlalu dan aku akan menempuhi detik itu dengan tenang...

Friday, April 8, 2011

Masa Kian Berlalu


Masa yang berlalu tidak akan kembali...Setiap kali nafas berhembus bangkit dari tido...kesyukuran tidak terhingga kerana diri ini diberi satu hari lagi penghidupan...Bermulalah detik waktu perjalanan dengan ujian suka dan dukanya...pengalaman pahit getir dan manisnya...Kehidupan ini perlu diteruskan jua selagi hayat dikandung badan selagi peluang bernafas diberikan..Masa yang berlalu jangan dipersia...waktu yang ada digunakan sebaiknya....aku dan kehidupan yang lalu...sama ada perit atau getir...biarlah ia berlalu kini kehidupan yang baru aku akan terapkan agar kenangan yang lama menjadi nostalgia terpendam...

Wednesday, April 6, 2011

Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Thursday, March 31, 2011

Jangan lari


Melarikan diri bukan satu jalan penyelesaian..apakah yang harus kita lakukan...muhasabah diri dan tenangkan fikiran..fikirkanlah sedalamnya bahawa masalah yang datang menimpa itu merupakan ujian dan kita harus tabah untuk menerima dan menyelesaikannya dengan baik..andaikata masalah itu tidak dapat diselesaikan, maka kita harus menghadapi rencana yang tidak diketahui bakal menimpa..itu lah lumrah kehidupan yang kita lalui sepanjang hidup di muka bumi yang penuh dengan keajaiban dan misteri....

Wednesday, March 30, 2011

Have A Nice Day


Seringkali mendengar perkataan have a nice day betul x...bagi aku sekarang ini...permulaan kehidupan setiap hari akan ku semaikan perkara ini... bangkit dari segala permasalahan dan berusaha untuk mengatasi..Perasaan yang aku alami x selalunya betul...cuma apa yang paling penting sekali..Fikirkan untuk diri sendiri dahulu dan kemudian baru yang lain....Bukan untuk pentingkan diri sendiri tapi sebelum menerima sesuatu fikir baik dan buruknya...inilah pelajaran dan pengajaran yang aku alami...

Untuk semua 
Have A Nice Day