Blogger Backgrounds

Tuesday, March 29, 2011

Bukalah minda anda seperti payung terjun



Masih lagi teriang dalam fikiran ku semasa di bangku sekolah...Acapkali aku mendengar cikgu berkata buka minda anda seperti payung terjun...jangan biarkan ia kuncup...jangan jadi katak bawah tempurung...kelak diri merana...Bagiku kini memang sewajarnya aku laksanakan dahulu...kini aku akan berfikir seiring dengan peningkatan usia aku ini yang kian bertambah dari minit ke minit nya...Kekuatan yang aku cari ada pada semua dan aku akan berusaha bersungguh-sungguh..Pada Mu ke berserah dan meminta pertolongan kelak...

Monday, March 28, 2011

Mulakan hidup baru


Kenangan yang lalu memang mengindahkan dan acapkali bermain diingatan..namun adakah itu yang kita inginkan...kepastian itu memang perlu dan kita kene yakin dengan kehendak hati..jika kita ragu-ragu, maka kita kene mencari jalan penyelesaian...bagi ku ini satu cabaran dan permulaan setiap yang aku jalani..

Friday, March 25, 2011

Genap Seminggu

Hati ini masih beku untuk menerima apa yang telah berlaku seminggu yang lalu...terasa baru semalam ia berlaku...adakah perhubungan ini selalu begini...Aku tidak faham dengan situasi ini, adakah ini kesalahan aku..sedangkan aku tidak mahu menyalahkan diri sendiri mahupun orang lain...kuat hatiku berkata aku tidak mahu bersama dengan dia...namun kenapa dia masih ingin menerima aku,....aku ini teruk,tidak mahu mendengar kata, buruk akhlak...tapi kenapa aku...adakah aku ini ditakdirkan untuk bersama dia...
(bantulah aku ini)

Monday, March 21, 2011

Menilai Perasaan

Jika kamu memancing ikan..Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga ....Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL

Wednesday, March 16, 2011

gembiranya dapat masuk tb

hari yang tidak disangka...walau pun ketika itu aku sedang membara but at least membara itu digantikan dengan kegembiraan...nak tahu kenapa...

jawapannnya aku dapat masuk tb...

bestnya sebab orang yang aku minat ada di situ,,...




ini picnya...

Sunday, January 16, 2011

15 January 2011

at the moment of 15 january 2011....together enjoy celebrating my gurl burfday w her friend...and also attended my friend wedding at melati hall, putrajaya....we're planning to getting marry at the same date but different year...but before that our plan to get engage maybe tis may or june...hopefully there is no problem w that...w pray from our parent, hope that we can achieve that.....

Friday, January 7, 2011

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan


Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa


Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai


Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri


Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala