Blogger Backgrounds

Wednesday, April 27, 2011

APC Tahun 2010

Tak sangka aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010.. Seronok dapat jumpa rakan daripada cawangan...Tapi ada juga mulut LONGKANG yang tak ada sivik lagi x berinsurans yang mengutuk kami yang dapat anugerah ini sebab jadi kaki ampu...sakit benar hati aku ini mendengarnya...bukan aku ni mengampu..x pernah sekali pun aku mengampu diorang...hmm kalu diorang nak sangat anugerah tu...kenapa x kerja dengan baik dari sekarang,,,apa masalah diorang ni agaknya kan...hampeh,.,,Kepada rakan-rakan yang menerima anugerah tersebut aku ucapkan tahniah...

Monday, April 25, 2011

Cameron Highlands

Sungguh indah waktu di Cameron Highlands, walau pun dalam aku bekerja dapat juga ku menikmati segala keindahan yang tercipta...namun itu hanyalah seketika apabila ku merasakan masih ada detik penting yang perlu aku lalui selepas ini...barangkali peristiwa yang berlaku itu kelak akan memedihkan jiwa....aku perlu kuat dan tabah menghadapi semua ini....masa akan berlalu dan aku akan menempuhi detik itu dengan tenang...

Friday, April 8, 2011

Masa Kian Berlalu


Masa yang berlalu tidak akan kembali...Setiap kali nafas berhembus bangkit dari tido...kesyukuran tidak terhingga kerana diri ini diberi satu hari lagi penghidupan...Bermulalah detik waktu perjalanan dengan ujian suka dan dukanya...pengalaman pahit getir dan manisnya...Kehidupan ini perlu diteruskan jua selagi hayat dikandung badan selagi peluang bernafas diberikan..Masa yang berlalu jangan dipersia...waktu yang ada digunakan sebaiknya....aku dan kehidupan yang lalu...sama ada perit atau getir...biarlah ia berlalu kini kehidupan yang baru aku akan terapkan agar kenangan yang lama menjadi nostalgia terpendam...

Wednesday, April 6, 2011

Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu