Blogger Backgrounds

Monday, December 20, 2010

Detik hubungan aku dan dia

19 Disember 2010...

Ketika seminggu sebelum berjumpa...

Mengapa aku dan dia bermasalah sebegini...
aku cuba menyelami dan memahami setiap nota pesanan ringkas yang dihantar...
namun gagal hati ini untuk memahami maksud tersirat...
adakah aku ini terlalu emosi dengan setiap bait ayat pesanan ringkas itu...
lantas membuat keputusan untuk berdiam diri secara ekstrem...

Hari berikutnya 14 Disember 2010

Hatiku agak kecewa dengan pesanan ringkas dan pengakuan daripada dia...
namun aku mula berkata ini permulaan ujian bagiku sebelum aku benar menjadi haknya
aku cuba untuk mendekatkan diri pada yang Esa...
ke manakah hala tuju aku ini...
apa yang perlukan aku lakukan...
aku masih mendiamkan diri....

15 Disember 2010

Aku mula mengumpulkan kekuatan...berpuasa dan mengabdikan diri kepadaNya...
kutitipkan keikhlasan dan mencari kesucian hubungan ini...
kuteliti kembali ayat-ayat yang dilontarkan...
kusimpulkan dengan baik dan kuamati dengan segala semangat dan kekuatan yang ada...

16 Disember 2010 (10 Muharam)

Ku abdikan diri dan kucuba terima segala kebaikan dan keburukan, kekuatan dan kelemahan yang ada..
ternyata ia membuahkan hasil...aku menerima pelawaan dengan hambar...
aku akur sepatutnya, aku perlu memulakan segalanya terlebih dahulu...
kepantasan dan kasih sayangnya yang ingin bertemuku itu menjadi nadi sebenar...

17 Disember 2010

Hatiku semakin berdebar...adakah aku akan berantakan hebat atau menggunakan psikologi
setiap detik aku berasa cemas...khuatiri ketelanjuran kata aku ini akan membawa padah...
persetujuan aku untuk berjumpa menyelesaikan masalah yang timbul...
setiap waktu aku berfikir bagaimanakah cara  yang terbaik untuk aku selesaikan masalah ini...

18 Disember 2010

Jam 3.00 petang kami berjumpa...dia mengambil aku di rumah dan membawa ke taman yang pernah kami kunjungi...
perasaan marah, cemas, geram segalanya berbaur...
aku tidak tahu cara bagaimana ingin dimulakan...
seraya berkata mulakan lah huraian dan apakah tujuan dan keinginan sebenar berjumpa denganku...
huraian demi huraian, penjelasan demi penjelasan...
hati yang terbuku terlerai sudah...
kekuatan yang aku miliki aku campurkan dengan titip keihlasan dan kejujuran penyatuan yang baik membuatkan jawapan yang aku berikan diterima...
amin...amin...amin...hubungan kami ini masih diteruskan...
aku diminta untuk menemankan ke kenduri walimatul urus teman sepejabat...
ku terima dan lantas berkata adakah itu bermakna perjumpaan dengan keluarga si dia...
tersenyum dan aku mula kecelaruan kali kedua...
apakah aku akan diterima dengan baik atau sebaliknya...

Seterunya pada tarikh keesokan 19 Disember 2010 (Kenduri JB di Sungai Besar dan Pengalaman Berjumpa Ibu Bapa si Dia)

Thursday, December 16, 2010

Pasangan

 
Kepada abg yang akan menjadi pendamping ayang kelak..
Terima kasih kerana telah memilih ayg di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk abg pilih.
Padahal abg begitu tahu, ayg hanya wanita biasa,
yang sangat jauh dari sempurna.
Kerananya ayg ingin abg tahu,
ayg bukan wanita yang sempurna,
ayg begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah..
Kepada abg yang akan memilih ayg kelak..
ayg tak sebijak bunda khadijah,
kerananya ayg ingin abg tahu,
ayg boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
Maka ayg mohon pada abg, bijaklah dalam menghadapi ayg,
jangan marah pada ayg,
nasihati ayg dengan hikmah,
kerana bagi ayg ,,abglah pemimpin ayg,
tak akan berani ayg membangkang padamu, abg..


Pada abg yang menjadi nahkoda dalam hidup ayg kelak..
Ketahuilah, mungkin ada saatnya, ayg tak sesabar Fatimah,
ada kalanya abg akan menemukan ayg begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan kerana ayg membangkang pada abg,tapi ayg hanya wanita biasa,
ayg juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hati ayg,
tempat untuk melepaskan penat ayg,
dan mungkin saat itu ayg tak menemukan abg,
atau abg begitu sibuk dengan pekerjaan abg,
maka bersabarlah,
yang ayg perlukan hanya pelukan dan belaian dari abg..
Kerana bagi ayg abg adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resah di hati ayg..

Ataukah ada kalanya tangan ayg akan mencubit dan
memukul pelan si kecil karena lelah dan penat ayg di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan kerana ayg ingin menyakitinya,
tapi kadang ayg kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
Maka jangan membentak ayg kerana telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup abg usap kepala ayg, dan bisikkan kata sayang di telinga ayg,
tegurlah ayg dengan hikmah,
karena dengan itu ayg tau abg selalu menghargai semua yang ayg lakukan untuk kalian,
dan abg akan menemukan ayg  menangis menyesali perlakuan ayg pada malaikat kita,
dan ayg akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ayg berikan padanya,
dan ayg akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Pada abg yang menjadi imam dalam hidup ayg kelak..
Ketahuilah, ayg tak secerdas aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajari ayg,
membimbing ayg ke arah-Nya,
walau terkadang ayg begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajari ayg..
Jangan segan membangunkan ayg di sepertiga malam untuk
bersama abg bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkan ayg untuk terus bersama abg mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar abg dan ayg tetap bersatu di dalamnya.
Pada abg yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidup ayg..
Seiring berjalannya waktu,
abg akan menemukan rambut ayg yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulit ayg yang bersih akan mulai keriput.
Tangan ayg yang halus akan menjadi kasar..
Dan abg tak akan menemukan ayg sebagai wanita cantik,
yang abg khitbah puluhan tahun yang lalu..
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan mata abg..
Maka jangan pernah berpaling dari ayg..
Kerana satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cinta ayg pada abg..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah ayg lewati dengan selalu jatuh cinta pada abg..
Maka, cintailah ayg,
dengan apa adanya akan diri ayg..
Jangan berharap ayg menjadi wanita sempurna..
Maafkan ayg kerana ayg bukan putri.
Ayg hanya wanita biasa....
terimalah ayg apa adanya dan bimbinglah ayg menuju jalanNYA.....
semoga kita boleh sama-sama bahagia...

INSYAALLAH...